Sesi Taklimat berkaitan BUDI MADANI

17 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2024, Sesi Taklimat berkaitan BUDI MADANI telah dilaksanakan yang mana melibatkan staf Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Taklimat ini diadakan untuk membahas tentang Program BUDI MADANI kepada staf NADI. BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup. Taklimat diadakan menggunakan aplikasi Zoom Meet. Taklimat berlangsung sekitar jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tangah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali